Wednesday, August 24, 2011

PROGRAM PEMULIHAN KOKURIKULUM


Assalammualaikum.....

Adalah dimaklumkan bahawa Program Pemulihan Kokurikulum akan diadakan pada 16-17 September 2011 khusus untuk pelajar bernombor matrik 06, 07 dan 08 yang belum bergraduasi dan gagal kokurikulum sahaja. 

*Akan tetapi bagi pelajar yang akan bergraduasi pada tahun 2012 dan masih belum melengkapkan 3 semester (diploma) dan 2 semester (ijazah) perlu membuat semakan semula kerana program ini tidak akan dilaksanakan di masa hadapan. 

*Bagi yang akan bergraduasi pada tahun 2012 dan masih lagi tidak menyelesaikan kokurikulum mereka pada semester ini perlu membuat penambahan semester (1 sem, 2 sem atau 3 sem) bagi kokurikulum yang tidak diambil atau pun kokurikulum yang gagal dan mengulang.

Bagi pelajar yang belum mendaftar untuk Program Pemulihan Kokurikulum boleh berbuat demikian dengan kadar segera dengan menghantar maklumat (nama, no matrik dan alamat serta no hp) ke emel harris@kuis.edu.my selewat-lewatnya sebelum 26 Ogos 2011.

Bagi pelajar yang telah mendaftar untuk Program Pemulihan Kokurikulum pula surat akan mula dihantar dan dipos pada 5 September 2011. Sila maklumkan kepada pihak kami jika surat tersebut tidak sampai.

Bagi pelajar yang tidak mahu menyertai program ini anda perlu mendaftar pada semester akan datang sehingga anda dapat menyelesaikan kokurikulum anda. (Sila pastikan anda mengikuti kelas kokurikulum, membuat kerja kursus dan peperiksaan akhir).

Proses kemasukan nama yang menyertai Program Pemulihan Kokurikulum ke dalam senarai graduan KUIS akan dilakukan pada akhir bulan September.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Shiqin (013-2289168) ataupun Haris (0197851134).
 
Rebutlah peluang yang dibuka ini kerana anda tidak akan dapat memberikan komitmen sepenuhnya jika telah berada di alam pekerjaan hanya untuk menyelesaikan kokurikulum anda pada semester akan datang.
Terima kasih dan Selamat Bergraduasi........

No comments:

Post a Comment