Sunday, September 11, 2011


JEMPUTAN KE PROGRAM PEMULIHAN @ KEM JATI DIRI MAHASISWA 2011
Didoakan agar saudara/i berada di dalam taufik dan hidayah Allah s.w.t.

Sukacita di maklumkan bahawa Seksyen Kokurikulum, Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan mengadakan Program PEMULIHAN @ KEM JATI DIRI MAHASISWA 2011 kepada semua pelajar yang mempunyai masalah kokurikulum dan akan bergraduat pada bulan Disember 2011 seperti ketetapan berikut:-

Tarikh                                   :               16 – 18 September 2011 (Jumaat - Ahad) yang gagal 2 subjek koko
                                                                17-18 September (Sabtu – Ahad) yang gagal 1 subjek koko
Tempat                                :               Kem Dbaruh Kg Lendu, Alor Gajah Melaka.
Tentatif                                :               Sila rujuk lampiran tentatif
Bayaran                                :               RM180.00 gagal 1 subjek kokurikulum
                                                                RM360.00 gagal 2 subjek kokurikulum

Sehubungan dengan itu, Seksyen Kokurikulum, Bahagian Pembangunan Mahasiswa KUIS amat berbesar hati menjemput saudara/i untuk bersama-sama menjayakan program ini selain bertujuan mencapai matlamat KUIS sebagai Universiti Ta’dibi. Penyertaan saudara/i dalam program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Wassalam.

RAJA NOR ASHIKIN RAJA RAMLI
TIMBALAN KETUA BAHAGIAN PEMBANGUNAN MAHASISWA
Merangkap KETUA SEKSYEN KOKURIKULUM

No comments:

Post a Comment