Tuesday, September 20, 2011

Pihak Seksyen Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai Program Pemulihan @ Kem Jati Diri Mahasiswa KUIS 2011 di Kem D'Baruh Kg Lendu. Mohon maaf di atas segala kelemahan dan kekurangan.

Adapun sebab-sebab pemilihan lokasi adalah untuk mendidik adik-adik semua hidup dalam kesederhanaan dan sentiasa memikirkan apa akan jadi pada hidup kita hari ini jika kita masih lagi dijajah. Peluang untuk merubah diri datang tanpa diduga dan diharapkan adik-adik semua mendapat manfaat daripada program ini.

Semoga adik-adik semua akan maju di masa hadapan. Lakukan yang terbaik untuk diri anda, keluarga, masyarakat dan negara. Jangan gadaikan maruah diri untuk perkara yang tidak benar.......

Berpendirian tetap dan berfikirlah untuk mencapai matlamat hidup....

Selamat bergraduasi bagi yang akan bergraduat pada 3-4 Disember......

Bagi yang merasakan diri dipaksa.. ikhlaskan diri Insya-Allah anda akan temui kemanisannya......

Mohon maaf dan selamat maju jaya

No comments:

Post a Comment